

Luahan 'semangatlotud' bukan bertujuan untuk mengaibkan YB. Kalakau Untol, kadang-kadang kesian juga saya melihat saudara saya ini yang tidak pernah kami berkenalan antara satu sama lain, al-maklumlah saya pemalu orangnya (siapalah saya ni.....!!!!!).
Secara ikhlas saya melihat beliau (YB. Kalakau) tidak mampu membantu orang-orang LOTUD hanya dengan jawatan Senator yang disandangnya buat masa ini, LOTUD memerlukan lebih dari itu, apatah lagi jumlah golongan belia dari suku LOTUD hampir mencecah 5000 orang, saya yakin tidak ada apa yang mampu boleh dilakukan oleh YB. Kalakau dalam usaha membantu generasi baru LOTUD ini, yang kita khuatiri bila peluang-peluang yang sedia ada 'tempiasnya' tidak dapat dinikmati oleh generasi baru ini, takut pula mereka ini jadi pengikut pakatan pembangkang seperti apa yang telah berlaku di semenanjung Malaysia.
Apa yang 'semangatlotud' harapkan dari pihak yang berkenaan berilah peluang bukan hanya setakat jawatan Senator kepada para pemimpin kami yang sedia ada, setakat dilantik sebagai Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Pengerusi JKKK, Ketua Kampung.....apalah yang boleh mereka lakukan untuk masa depan anak bangsa LOTUD.
Hi Semangat LOTUD. Membaca Tulisan saudara seakan membaca sebuah cerita yang sepatutnya mendapat Perhatian kalangan pimpinan Bangsa LOTUD. Apa pun kesemuanya Tulisan Tuan tidak Mendapat sebarang Ulasan. Mohon maaf kalau menganggu ketentraman Tuan.
BalasPadam